Tuesday, 15 September 2015

Nur Raisha Qairina : 10.09.2013

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana pada awal Disember 2012, isteri disahkan mengandung. 



Pregnant. 1-2 

Seperti kebiasaan wanita mengandung, isteri mengalami alahan yang agak teruk. Setiap hari akan mengalami muntah-muntah sehingga terpaksa dimasukkan ke wad selama 2 malam. Namun alhamdulillah semuanya baik-baik belaka selepas itu. Jangkaan tarikh bersalin yang diberikan oleh doktor adalah pada 12.09.2013.

Kandungan semakin membesar dari hari ke hari. Perasaan teruja untuk menyambut orang baru dalam keluarga semakin dirasai. Persiapan mulai dibeli sedikit demi sedikit sejak awal lagi.

Akhirnya masa yang ditunggu semakin tiba. Isteri dimasukkan ke wad pada petang 09.09.2013 dan diberikan induce. Pagi 10.09.2013 air ketuban mulai pecah. Lebih kurang jam 10.30 pagi isteri dimasukkan ke dewan bersalin.

Aku mengambil peluang untuk turut serta bersama-sama dengan isteri memberikan kata-kata semangat di dalam dewan bersalin. Pada jam 3.51 petang iaitu setelah hampir 2 jam bertarung nyawa, alhamdulillah dengan izin Allah seorang puteri perempuan dengan berat 3.09kg selamat dilahirkan secara normal.


I'm a baby girl


Mohd Fahsyam + Nur Shazana

Syukur yang tidak terhingga. Tiada kata-kata yang mampu diucap untuk menggambarkan perasaan ketika itu. Isteri dan anak keduanya selamat. Itu sudah memadai.

Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar IBU.






Kasih ibu membawa ke Syurga..
Kasih ayah sepanjang masa..

No comments:

Post a Comment