Sepanjang perjalanan kursus ini, semua pelatih akan didedahkan dengan beberapa kemahiran asas ketenteraan yang penting seperti latihan kawad yang merupakan perkara asas bagi semua anggota badan beruniform.
Selain itu, pelatih juga didedahkan dengan ilmu serta teknik mengendalikan senjata iaitu M16. Aspek lain yang di ajar ialah taktik atau dikenali juga dengan ilmu medan perang, di mana pelatih didedahkan dengan kemahiran pandu arah menggunakan kompas untuk mencari arah dengan betul, latihan peperangan yang meliputi serangan, tinjauan, menduduki pengkalan dalam hutan dan pelatih akan dibekalkan dengan Rangsum Tempur Bungkus Kering (RTBK) dan dengan bekalan tersebut mereka akan belajar cara memasak sendiri sepanjang latihan hutan tersebut.
Alhamdulillah. Berkat usaha dan sokongan daripada jurulatih dan rakan-rakan, PBT 6164769 dianugerahkan Penuntut Terbaik (Akademik) dan Penuntut Terbaik (Keseluruhan).
Penuntut Terbaik (Akademik)
Penuntut Terbaik (Keseluruhan)

No comments:
Post a Comment