Saturday, 19 September 2015

Aqiqah : 16.09.2013



Majlis aqiqah untuk puteri kami diadakan pada hari ke-7. Untuk itu, kami telah memilih sendiri kambing yang akan digunakan untuk majlis tersebut. Lokasi adalah di sekitar Dengkil. 






Seekor kambing telah selamat disembelih dan dilapah. Harga pasaran untuk seekor kambing berharga RM700-RM800. Kambing tersebut diserahkan kepada pak cik hamisan untuk dimasak.

Terima kasih kepada Ustaz Rasyidi Jamil kerana sudi hadir untuk mentahniq puteri kami pada hari tersebut.




Pada hari ke-7 juga puteri kami telah diberi nama 
Nur Raisha Qairina yang bermaksud ''cahaya pemimpin yang baik hati". 




Nur Raisha Qairina. 7 hari.

Semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua orang tuanya.

Ameen

No comments:

Post a Comment