Saturday, 19 September 2015

Aqiqah : 16.09.2013



Majlis aqiqah untuk puteri kami diadakan pada hari ke-7. Untuk itu, kami telah memilih sendiri kambing yang akan digunakan untuk majlis tersebut. Lokasi adalah di sekitar Dengkil. 






Seekor kambing telah selamat disembelih dan dilapah. Harga pasaran untuk seekor kambing berharga RM700-RM800. Kambing tersebut diserahkan kepada pak cik hamisan untuk dimasak.

Terima kasih kepada Ustaz Rasyidi Jamil kerana sudi hadir untuk mentahniq puteri kami pada hari tersebut.




Pada hari ke-7 juga puteri kami telah diberi nama 
Nur Raisha Qairina yang bermaksud ''cahaya pemimpin yang baik hati". 




Nur Raisha Qairina. 7 hari.

Semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua orang tuanya.

Ameen

Thursday, 17 September 2015

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam.

Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia. Masjid unik ini diperbuat daripada kristal kaca dan besi yang telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.

Bayaran masuk dikenakan RM21.20 (dewasa), RM15.90 (60 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 7-12 tahun), percuma bagi umur 6 tahun dan ke bawah.






Pemandangan indah di waktu malam

Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu dengan keluasan 23 hektar, TTI ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai.


Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al- Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).



Masjid Al- Aqsa (Palestin)




Ho Chi Minh City, Vietnam

Pada 24-26 Jun 2012, kami sekeluarga ke Ho Chi Min City, Vietnam. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai.


Sekitar bandar Ho Chi Minh



Antara restoran halal yang popular. Halal @ saigon


Sungai Mekong


Ingatkan jalan darat je jem. Jalan air pun jem jugak. Hahaha


MIL & FIL

Wednesday, 16 September 2015

Hari Malaysia @ Aquaria KLCC : 16.09.2015

Sempena cuti hari Malaysia 16.09.2015 (Rabu) kami telah ke Aquaria KLCC. Tempat ini dibuka setiap hari termasuk sabtu ahad dan cuti umum bermula jam 10.30 pagi dan ditutup jam 8 malam. Waktu akhir yang dibenarkan masuk ialah jam 7 malam.



Hai guyss....

Bayaran masuk dikenakan RM46 bagi warganegara. Kanak-kanak di bawah 3 tahun tidak dikenakan bayaran.


Smileee......



Tuesday, 15 September 2015

Melbourne, Australia

Pada 24 - 30 Oktober 2014, kami sekeluarga telah ke Melbourne, Australia. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne. 





Suhu 14'c

Sepanjang 5 hari 4 malam berada di sana, pelbagai tempat menarik telah dikunjungi. Antaranya Philip Island, Great Ocean Road, Victoria Market dan lain-lain.

Philip Island





Nur Raisha Qairina di Twelve Apostles, Great Ocean Road


Great Ocean Road



Mmmoooooooo.......



Selfie sikit...

UNTUK PERTANYAAN BERKAITAN PAKEJ DI MELBOURNE 

HUBUNGI : 017-270 8006

Kursus Asas Perajurit Muda Siri 2/2007

Kursus Asas Perajurit Muda merupakan satu kursus yang perlu dihadiri oleh semua anggota LLP (Lain-lain Pangkat) dan ianya merupakan pendedahan awal kepada ilmu ketenteraan yang asas. Kursus ini berjalan selama sebulan iaitu bermula dari 8 Jun sehingga 7 Julai 2007 bertempat di Batalion 2, Rejimen 513 Askar Wataniah, Kem Jalan Bukit 09000 Kulim, Kedah.

Sepanjang perjalanan kursus ini, semua pelatih akan didedahkan dengan beberapa kemahiran asas ketenteraan yang penting seperti latihan kawad yang merupakan perkara asas bagi semua anggota badan beruniform. 



Selain itu, pelatih juga didedahkan dengan ilmu serta teknik mengendalikan senjata iaitu M16. Aspek lain yang di ajar ialah taktik atau dikenali juga dengan ilmu medan perang, di mana pelatih didedahkan dengan kemahiran pandu arah menggunakan kompas untuk mencari arah dengan betul, latihan peperangan yang meliputi serangan, tinjauan, menduduki pengkalan dalam hutan dan pelatih akan dibekalkan dengan Rangsum Tempur Bungkus Kering (RTBK) dan dengan bekalan tersebut mereka akan belajar cara memasak sendiri sepanjang latihan hutan tersebut.




Alhamdulillah. Berkat usaha dan sokongan daripada jurulatih dan rakan-rakan, PBT 6164769 dianugerahkan Penuntut Terbaik (Akademik) dan Penuntut Terbaik (Keseluruhan).



Penuntut Terbaik (Akademik)


Penuntut Terbaik (Keseluruhan)

Sheriff Raisha's 2nd Birthday. Yee-Haw!

Majlis Kesyukuran dan Harijadi ke-2 Nur Raisha diadakan pada 30 Ogos 2015 (Ahad). Majlis ini dirancang oleh isteri sebulan sebelum majlis. 



Sheriff Raisha's Wild West 2nd Birthday...Yee-Haw





Candy Buffet by mama Raisha 



Sheriff Raisha's birthday cake


Raisha bersama maklong dan pak syu


Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to Raisha...
Happy birthday to you...

Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Amiin amiin Ya Rabbal Alamiin.



YEE-HAW..!!

UNTUK PERTANYAAN CANDY BUFFET 

HUBUNGI : 017 2708006